Thursday 28 April 2016

Sudirman

Sudirman Haji Arshad


Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.


Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, TemerlohPahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.


Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO diTemerlohPahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.
Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab)Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITMPetaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.



Bintang RTM 1976Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik. 

Selepas Bintang RTM, tahun 1977, Sudirman mula merakamkan suara dalam album EP sulungnya Teriring Doa bersama Warnada Rekod. Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya, beliau sempat merakam lagu-lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya, diantaranya lagu Teriring Doa dan Suratku Yang Ini.
Tahun 1978, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul Aku Penghiburmu. Beliau menyanyikan semula lagu Jali Jali yang telah memperkenalkannya kepada umum, termasuk dua lagu ciptaan Ahmad Nawab Aku Penghiburmu dan Kasih. Kedua-dua lagu ini juga dinyanyikan olehBroery Marantika apabila Ahmad Nawab berhijrah ke WEA. Dalam tahun itu, Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

Tahun 1979, album Perasaan diterbitkan dengan lagu hit Gerimis di Lautan bersama lagu-lagu lucu Mat Disko dan Toyol.
Setelah menamatkan pengajiannya, Sudirman bebas mengembangkan karier seninya. Beliau yang bangga dengan imej budak kampung, menyanyikan lagu-lagu yang berkait rapat dengan masyarakat Malaysian.
Istimewanya Sudirman kerana bermula tahun 1980, beliau telah menerbitkan 2 buah album dalam setahun. Kesemua albumnya berjaya dan kebanyakkan lagu-lagunya menjadi hit. Tidak semua artis pada zaman Sudirman dan zaman sekarang mampu berbuat demikian.


(1)Tahun 1980, album Anak Muda dan Lagu Anak Desa
(2)Tahun 1981, album Lagu Dari Kota dan Twinkle-Twinkle Little Star
(3)Tahun 1982, album Lagu Cinta dan Abadi
(4)Tahun 1983, album Images (hanya sebuah album sahaja)
(5)Tahun 1984, album Orang Baru dan Lagu Dari Sebuah Bilik

Pada tahun 1985, Album Konsert Malam Anak Desa di UKM Bangiedisi terhad telah diterbitkan dalam bentuk kaset. Ianya adalah rakaman langsung persembahan konsert tersebut.
Selepas itu, Sudirman hanya menerbitkan sebuah album dalam setahun.
(1)Tahun 1986, album Orang Kampung
(2)Tahun 1987, album Kul It
(3)Tahun 1989, album Asia’s No. 1 Performer

Lagu-lagu Sudirman yang istimewa dan popular telah dikumpulkan dalam album kompilasi Koleksi 16 Lagu-lagu Terbaik (1986) danPilihan Sentimental Emas (1987). Oleh kerana beliau amat menggemari lagu-lagu lama/klasik dan berirama deli, Sudirman turut mengeluarkan album Lagu-Lagu Rakyat (1989) dan Koleksi Klasik(1991).
Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, beliau telah menghasilkan 18 buah album dalam bahasa Melayu, dan 2 buah album dalam bahasa Inggeris (Twinkle-Twinkle Little Star dan Images).


Selepas kematiannya pada tahun 1992, EMI Malaysia telah mengeluarkan 3 buah album kompilasi. Dua lagu baru Setelah Kau Tiada dan Cinta Di Sisimu dapat diterbitkan setelah diketahui siapa penciptanya. Lagu-lagu ini dimasukkan dalam album Setelah Kau Tiada
1-Sudirman - Jauh Di Sudut Hati (1992)
2-Sudirman - Balik Kampung (1993)
3-Sudirman - Setelah Kau Tiada (1995)

Banyak album kompilasi beliau telah diterbitkan semula dalam bentuk kaset dan cakera padat.
1-Sudirman - DwiDekad (1996)
2-Nilai Cintamu (2000)
3-Sudirman - 24 Greatest Hits -Sudirman No.1 (2002)
4-Sudirman Penghibur No.1 (2002)
5-Sudirman II 40 No.1 Dalam 1 (2003)
6-Memori Hit Sudirman (2004)
7-Sudirman - Memori Sentimental Hit (2005)
Sudirman -Dwi Intan
8-Sudirman - Timeless (2006)
Koleksi Emas Aidilfitri
Alunan Sukma Sudirman & Sharifah Aini
Memori Hit Melayu Deli

Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia.
Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu Pesan Abang, Jamilah, Sepetang Di Pinggir Bukit, Orang Kampung dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.
Anak Muda, Anak Desa

Sudirman pada tahun 1980
Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua) dan Anak Gembala dengan tempo yang rancak dan girang.
Lagu seperti Apa Khabar Orang Kampung mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu Balik Kampung merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.
Ketika bermula era "siswazah menganggur" Sudirman terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu Aku Penganggur. Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai kepada sasaran.
Lagu Aku Dan Duniaku menceritakan Sudirman dengan dunia pilihannya, manakala lagu seperti Baru Dapat Kerja, Orang Muda dan Pulang Dari Kilang adalah paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda, terutama yang baru bekerja.
Nasihat
Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.
Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham JM Aziz iaitu Penyu Menangis Siapa Tahu yang sebenarnya mengenai rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan pencemaran alam sekitar.
Lagu Pesta Dunia mencela manusia-manusia negara kaya yang membazirkan makanan dan memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin. Tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song Festival.
Manakala lagu-lagu seperti Punch Card dan Chow Kit Road bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.
Semangat patriotik

Semangat patriotik
Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album (piring hitam) ABADI (1982) bahawa EMI dan penerbitnya masa itu, S.Atan, tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik (sepuluh lagu semuanya lagu patriotik) kerana takut masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi cintanya pada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah dia ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam ABADI, lahirlah lagu Warisan, Punch Card, Kehadiranku, 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita. Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.
Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu Radio Malaysia, Bapak (ditujukan kepada Bapak Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Kul It! (mengenai perpaduan kaum) serta One Thousand Million Smiles.
Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul Mama. “Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P.Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi,” kata Sudirman pada April 1983.
Sudirman meninggalkan lagu Salam Terakhir dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang memberi makna besar kepada peminatnya.
“Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan.”


“Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya.”


Duta Nyanyian
Tahun 1986, Tourism Malaysia melantiknya sebagai Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia. Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, Sudirman mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia (To Know Malaysia is to Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.
Sudirman dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal sepertiProtonMalaysia AirlinesHonda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong.

Konsert di Chow Kit Road
Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya diJalan Chow KitKuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.
Penghibur Terbaik Asia
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal AlbertLondon. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.
Persembahannya
Sudirman, seorang artis yg mempunyai daya tarikan yg tersendiri. Dia lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan di zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu persembahan. Sudirman pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.
Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu Merisik Khabar dengan petikan pemetik api simbolik beliau.
Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.

Sudirman & The Girls
Sepanjang persembahannya, Sudirman diiringi band pengiringnya (The Glue), kumpulan penari (The Girls) dan penyanyi latar (The Giggles). Biarpun sibuk dan sudah dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence Fong.
Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Dia bekerjasama dengan produser, suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan istimewa.
Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer terkenal seperti Datuk Ahmad NawabOoi Eow JinS.AtanManan NgahOsman GhaniKassim Masdor dan M.Nasir, selain lirik puitis oleh Habsah Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya. Habsah Hassan turut menulis skrip untuk Sudirman semasa membuat persembahan rancangan RTM dan majlis makan malam.
Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi dan Pemuzik Tanahair(PAPITA) dan dilantik menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal. Semasa hayatnya, Sudirman sangat mengutamakan pemilikan hak cipta. Dia mempertahankan nama dan haknya bagi memastikan tidak ada pihak ketiga mengambil kesempatan.
Beliau mempunyai ramai kenalan rapat, diantaranya dari kalangan wartawan (Bahyah MahmoodIntan ZabidinSaodah IsmailKu Seman Ku HussinFauziah SamadAdam SallehTajaiyah IhsanFatimah HassanMokhtar AliasJuwieHuzzMuzlinaZubairi Zabidin) dan kalangan artis (Noor KumalasariSharifah AiniAnita SarawakYusni JaafarSarimahZaiton SameonRamli MS).

Perkahwinan
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada 14 Februari1981, Sudirman menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah “Kay” Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.
Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.
Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, dua perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.
Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Kematian
[1] 17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
[[2]]Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerlohdan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Pencapaian
Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.
Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
Pemenang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
Asia's Number One Performer 1989
Anugerah Guinness
Pingat Ahli Mangku Negara 1988
Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993
“Bukan gelaran jadi ukuran... Tetapi bakti yang disumbangkan.”

Sewaktu hayatnya, selama 10 tahun, Sudirman menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu. Beliau juga menjadi residen writer di Kumpulan Karangkraf. Tugasnya setiap hari ialah menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Idea itu adalah ideanya sendiri, lukisannya sendiri. Malah beliau turut menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana, Tun Ghafar Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.


Tookoo mengajar Din menulis
KAMI
Filem: KAMI
Watak: Tookoo (remaja berusia 17 tahun).
Mula ditayangkan: 27hb Mei 1982
Dikeluarkan oleh: Indra Film Productions and Distribution Sdn. Bhd
Arahan: Patrick Yeoh (filem pertama arahannya)
Lagu tema : Pelangi Petang [4]
Sinopsis: Tookoo hanya belajar sampai darjah 6 dan hobinya suka menyanyi. Ibunya sudah meninggal dunia, dia tinggal bersama ibu tiri dan bapanya. Disebabkan tidak serasi dengan ibu tirinya, dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sana, Tookoo bertemu dengan Din, seorang kanak-kanak terbiar. Din tinggal bersama makciknya yang selalu menderanya. Oleh sebab itu Din pun melarikan diri dan ingin mencari ibu kandungnya. Suatu hari semasa hujan, Din minta berteduh di tempat berlindung Tookoo iaitu sebuah banglo yang ditinggalkan. Sejak itu Din dan Tookoo menjadi kawan baik, di situlah bermulanya KAMI. Macam-macam halangan dan rintangan yang mereka hadapi dalam meneruskan hidup.
Sudirman telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia, tetapi tidak berjaya.
BERCITA-CITA INGIN MENJADI PRODUSER Menjelang penghujung usianya, Sudirman memberitahu, dia telah menyiapkan skrip filem Primadona dan bercita-cita untuk menjadi produser dan pengarahnya. Malangnya hasratnya itu tidak kesampaian.

Sudirman & Atai

Sudirman menyanyi sambil melukis
Puspawarna 1984 (7 Mac 2007) - konsep "Sudirman dari sebuah bilik"
Mekar Sejambak Sudirman dan Atai 1985 (14 Mac 2007) - konsep muzikal mengenai sebuah kelab malam amatur yang diuruskan oleh Sudirman.
Istimewa Bersama Sudirman 1987 (21 Mac 2007) - Sudirman turut mendendangkan rangkaian lagu-lagu berbahasa Cina, Tamil, juga menyanyi sambil melukis bendera Malaysia.
Istimewa Bersama Sudirman 1988 (28 Mac 2007) - konsert bulanan 'live' yang dikendalikan penyanyi popular dan berbakat saja.

[Konsert Suara Hati Sudirman]

P.Ramlee

P.Ramlee

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyipelakonpengarahpemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau PinangMalaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.


Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.[2] Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967).[1] Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah telah mengadu sakit perut pada sebelah paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan orang ramai mula berkumpul di rumah mereka. Selepas pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah selamat dilahirkan. Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan "Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".[2]
Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal yang berasal dari LhokseumaweAcheh. Bapanya mengembara untuk menjadi pelayar kerana merajuk kepada salah seorang ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berkenalan dengan seorang janda bernama Che Mah Hussein. Perkenalan ini telah menyebabkannya berkahwin dengan Che Mah pada tahun 1925 di Kampung Kubang BuayaButterworth. P. Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal akibat penyakit barah gusi, ketika P. Ramlee dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Beliau mula meminati bidang muzik apabila melihat rakan-rakannya bermain muzik di kampungnya. Beliau mula mengumpul duit hasil upahan orang dalam usaha untuk membeli sebuah biola. Ketika beliau bersekolah di Japanese Navy School, beliau pernah menjadi ketua dalam satu batalion seramai 150 orang. Apabila pertunjukan pentas diadakan pada setiap malam minggu, beliau seringkali diundang untuk menyanyi beberapa buah lagu. Sistem pendidikan Jepun telah menyebabkan beliau menguasai bahasa Jepun dalam masa yang singkat. Pihak Jepun telah menghantarnya ke merata-rata tempat untuk mengasah kemahirannya.
Selepas selesai menunaikan solat pada waktu malam, beliau berlatih bermain muzik bersama pancaragam Sinaran Bintang Sore. Seterusnya, beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung sebagai pemain biola, penyanyi, dan pencipta lagu. Encik Kamaruddin telah menyedari bakatnya dan menawarkan kelas bermain piano di rumahnya. Oleh kerana beliau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika sesi pengajaran, Normah iaitu anak Encik Kamaruddin telah membawa secawan kopi sebagai galakan.
Beliau mula mencuba nasib dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya bahagian utara. Pada tahun 1945, beliau memperoleh tempat ketiga manakala tahun seterusnya, beliau disenaraikan dalam tempat ketiga. Pada tahun 1947, beliau berjaya mendapat tempat pertama sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Sejak dari itu, namanya dan Orkes Teruna Sekampung dikenali ramai di kawasan utara. Kumpulan Rayuan Asmara yang terdiri daripada pelakon-pelakon pentas bangsawan telah mengadakan pertunjukan di Pulau Pinang. Pada ketika itu, beliau berhasrat untuk melihat persembahan tersebut walaupun tidak mempunyai wang. Hasil pendapatan beliau yang diperoleh daripada majlis keramaian dan pertunjukan pentas telah dibelanjakan untuk membeli pakaian. Pernah suatu ketika, beliau terpaksa memakai baju koyak dan menutupnya dengan sehelai kot di sebelah luarnya.
Akhirnya, beliau memberanikan diri dengan memanjat pagar untuk melihat persembahan oleh kumpulan Rayuan Asmara. Kasma Booty menjadi penyanyi dalam kumpulan tersebut dan belum dikenali sebagai pelakon filem. Ahmad C.B. telah berjumpa dengan ketua Orkes Teruna Sekampung dan mencadangkan mereka bergabung dengan kumpulan Rayuan Asmara. Pada suatu pertunjukan hasil gabungan kedua-dua kumpulan, P. Ramlee telah berjumpa dengan Kasma Booty buat kali pertama. P. Ramlee juga mula berkenalan dengan pemain saksofon, Jaafar yang merupakan bapa tiri Kasma Booty. Untuk suatu ketika, beliau tidak lagi berjumpa dengan Kasmy Booty kerana kumpulan Rayuan Asmara sentiasa berpindah dalam mengadakan pertunjukan.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:
  1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
  2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
  3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
  4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
  5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
  6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  7. Betty : Anak angkat
  8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
  9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
  10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

FILEM-FILEM P.RAMLEE 
Tajuk asalTahun
ditayangkan
PelakonPengarahPenulisKomposerNota
Abu Hassan Penchuri1955Green tickGreen tick
Ahmad Albab1968Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Ali Baba Bujang Lapok1961Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Aloha1950Green tick
Anak Bapak1968Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Anak-ku Sazali1956Green tickGreen tick
Anjoran Nasib1952Green tick
Antara Dua Darjat1960Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Antara Senyum dan Tangis1952Green tickGreen tickGreen tick
Bakti1950Green tick
Bujang Lapok1957Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Bukan Salah Ibu Mengandung1969Green tick

Chinta1948Green tickFilem pertama beliau
Dajal Suchi1965Green tickGreen tick
Di-Belakang Tabir1969Green tick
Do Re Mi1966Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Dr. Rushdi1970Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
6 Jahanam1969Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Gelora1970Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Gerimis1968Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Hang Tuah1956Green tickGreen tick
Hujan Panas1953Green tickGreen tick
Ibu1953Green tickGreen tick
Ibu Mertua-ku1962Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Jangan Tinggal Daku1971Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Juwita1951Green tickGreen tick
Kanchan Tirana1969Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Keluarga 691967Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Labu dan Labi1962Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Laksmana Do Re Mi1972Green tickGreen tickFilem terakhir beliau
Love Parade1963Green tickBeliau menjadi pelakon undangan bersama Saloma hasil keluaran Shaw Brothers Hong Kong
Madu Tiga1964Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Masam-Masam Manis1965Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Melanchong Ka Tokyo1964Green tick
Merana1954Green tick
Miskin1952Green tickGreen tick
Musang Berjanggut1959Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Nasib1949Green tick
Nasib Do Re Mi1966Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Nasib Si Labu Labi1963Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Nilam1949Green tick
Noor Asmara1949Green tick
Nujum Pak Belalang1959Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Pancha Delima1957(pengisah)Green tickGreen tickGreen tick
Panggilan Pulau1954Green tickGreen tick
Patah Hati1952Green tick
Penarek Becha1955Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Pendekar Bujang Lapok1959Green tickGreen tickGreen tick
Penghidupan1951Green tick
Perjodohan1954Green tick
Putus Harapan1953Green tick
Putus Sudah Kaseh Sayang1971Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Rachun Dunia1950Green tick
Ragam P. Ramlee1964Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Sabarudin Tukang Kasut1966Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Semerah Padi1956Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Sedarah1952Green tick
Sejoli1951Green tick
Seniman Bujang Lapok1961Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Sarjan Hassan1958Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Sesudah Suboh1967Green tickGreen tickGreen tick
Siapa Salah?1953Green tickGreen tick
Sitora Harimau Jadian1964Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Sumpah Orang Minyak1958Green tickGreen tickGreen tickGreen tick
Takdir Illahi1950Green tick
Tiga Abdul1964Green tickGreen tickGreen tickGreen tick